top of page

Latar Belakang

Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPG KDA) merupakan jabatan akademik yang mengendalikan program pengajian PPISMP dan PISMP
bidang Bimbingan dan Kaunseling. Jabatan ini berperanan dan bertanggungjawab dalam menghasilkan modal insan guru dalam bidang bimbingan dan kaunseling yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten agar terus kekal diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Program Bimbingan dan Kaunseling juga merupakan satu daripada bidang kebitaraan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Oleh itu, Jabatan Bimbingan dan Kaunseling IPG KDA sentiasa berusaha memastikan kualiti program yang dikendalikan sentiasa dipertingkatkan agar dapat memenuhi keperluan kebitaraan tersebut.


Selain itu, modal insan guru yang dilahirkan juga dapat memenuhi standard piawaian dan kelayakan yang telah ditetapkan dan seterusnya layak untuk didaftarkan sebagai kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Situasi ini amat selari dengan proses transformasi IPG dalam inisiatif peningkatan kualiti pensyarah, pemantapan kualiti kurikulum, pemantapan kualiti pelajar dan seterusnya pemantapan pembangunan profesionalisme keguruan.

Hubungi kami

Driving Directions



​I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me and you can start adding your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

bottom of page